PSDC FRIENDHOOD DOT NET
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

FORUM FOR PHOTOGRAPH HOBBYIST


You are not connected. Please login or register

Tutorial Makro | #1 Lenses

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Tutorial Makro | #1 Lenses Empty Tutorial Makro | #1 Lenses 8/1/2009, 12:05 am

emran

emran
PhD
PhD

Tujuan tutorial nie utk memudahkan sesiapa yang berhajat memulakan eksplorasi dunia makro.. makro nie memang best.. tetibe kita boleh dapat lihat dunia yang selama nie tak leh dilihat oleh mata kasar ... Tutorial makro nie jugak berdasarkan pengalaman saya yang terhad.. ada pelbagai approach utk makro nie... ada pelbagai pendapat juga dalam makro nie.. jadi apa yang saya tulis tak semestinya standard ye.. carilah pengalaman sendiri dan build uplah dari situ.. untuk siri ini saya startkan dengan definisi dan lenses dulu lah...

#semua siri tutorial makro saya rasa saya post di thread ini sajalah..

Tutorial Makro | #1 Lenses

Apa dia makro nie?
Makro adalah aliran fotografi untuk amik gambar objek kekecik... definisi makro nie pelbagai.. dan juga antara yang menyebabkan berlaku kekeliruan adalah sebab marketing kamera atau lens yang nak letak label makro pada produk mereka sehinggakan yang tak sebesar mana pun nak dilabelkan makro

Jadi?
Kalau nak dikira sebagai makro.. biarlah sekurang-kurangnya life size 1:1 .. definisi lens with macro capability yang saya sandarkan adalah yang sekurang-kurangnya 1:1.. yang tak sampai tue tak kira macro lah..

Apa dia life size 1:1?
Life size bermaksud saiz objek yang ditangkap sama saiz pada sensor.. jadi katakan sensor bersaiz 23mm (kebanyakan sensor digital bersaiz sekitar ini) maka untuk mendapat life size 1:1 dia mestilah capable untuk dapatkan objek panjang 23mm memenuhi frame gambar

contoh gambar 1:1 (saiz sensor 35mm)
Tutorial Makro | #1 Lenses 3130777014_15cba60813_mTutorial Makro | #1 Lenses 3110340942_660d41f73f_mTutorial Makro | #1 Lenses 3107641398_c582fdea36_m

2:1 3:1 4:1 5:1 tue pulak?
ini sekadar nisbah.. kalau 1:1 adalah 23mm, 2:1 panjang objek yang penuh pada gambar adalah 11.5mm.. kalau 3:1 8mm lah dan seterusnya.. boleh tahu cara kiranya kan..

contoh gambar 5:1untuk objek yang sama di atas (saiz sensor 35mm)
Tutorial Makro | #1 Lenses 3129945975_4a9c9439a2_mTutorial Makro | #1 Lenses 3106807195_4c5c8a23b4_mTutorial Makro | #1 Lenses 3107640416_581e6baf45_m

kalau saya nak buat makro.. kene beli lens makro yang khas ker?
sebaik-baiknya... kalau tak mampu boleh juga cara lain tapi kualitinya agak kurang berbanding dengan makro lens sebenar

guna 50mm + ET - kepada yang low budget.. boleh jek start dengan 50mm F1.8 (saya percaya kebanyakan orang yang minat photography ade lens nie.. around RM280 jek utk brand canon.. nikon RM400) ditambah dengan extension tube... magnificationnya setanding dengan macro lens 1:1.. (sebenarnya lebih besar sedikit.. dalam 1.2:1)

gambar canon 50mm F1.8 + ET
Tutorial Makro | #1 Lenses IMG_1902

contoh orang yang mengguna 50mm + ET leh tengok kat sinie (skeller )

extension tube ade dua jenis.. manual atau electronic .. manual kurang seratus (sekarang lebih kurang RM85) .. elektronic lebih kurang RM450-500.. perbezaannya adalah bila guna elektronic.. boleh control aperture semasa menembak... yang manual kene preset sebelum menembak.. itu ajelah yang membezakan RM400 tue.. saya dulu start dengan ET manual jek.. RM90..

gambar electronic ET
Tutorial Makro | #1 Lenses IMG_1907Tutorial Makro | #1 Lenses IMG_1909

gambar manual china made ET
Tutorial Makro | #1 Lenses IMG_1910Tutorial Makro | #1 Lenses IMG_1913

guna raynox - satu lagi option.. beli raynox... yang ini kene tanya orang yang selalu pakai raynox lah.. sbb saya tak penah try.. tapi output magnificationnya pun ok..

reverse lens - satu lagi kaedah adalah reversekan lens.. lens seperti 50mm bila reverse anda akan dapat hampir 1:1... kurang sikit jek.. lagi pendek mm lagi besar magnification bila diterbalikkan... reverse lens adapter ring ada dijual.. kalau china brand tue rasanya kurang seratus.. periksalah harganya dan kongsi di sinie ye..

ada juga yang pegang manual tade adapter ring bila buat reverse lens nie.. saya rasa cara nie terlalu sukar untuk dapatkan objek yang in focus secara konsisten.. dan menambah risiko habuk masuk body kamera anda.. ikut anda lah..

boleh cadangkan lens?
sebarang lens yang mencapai life size 1:1 boleh digunakan untuk makro.. hati hati kerana ada lens yang di cap MACRO padanya sedangkan magnificationnya kadang-kadang hanya 1:3 (70mm saiz objek yang boleh masuk frame).. bagaimana nak tau? bacalah spec lens sebelum membeli... janganlah masuk kedai tanya tokei sbb diorang kekadang nak abeskan stok aje.. BACA TENTANG LENS DARI RUMAH BUKAN TANYA DI KEDAI.. jangan menangis kata magnification tak cukup 1:1 kalau tak buat homework... ada banyak review orang dah buat kat internet.. google aje..

banyak sangatlah lens.. kasik short list boleh?
kalau tak rajin nak wat survey.. nie antara lens yang boleh dipertimbangkan
1. Sigma 150mm f2.8 APO Macro DG EX HSM 1:1
harga sedikit mahal.. tetapi berbaloi.. mendapat review yang terbaik dari rakan/sahabat kaki makro saya yang terdekat.. difahamkan kalau nak guna AF pun sonang pakai lens nie... saya ada test.. mmg beh lens nie..
-kelebihan utama .. jarak sedikit jauh untuk dapatkan 1:1.. so takyah lah dedekat dengan subjek.. jadi lagi senang nak shoot.. serangga nie sensitif.. jadi kalau leh shoot jejauh lagi bagus.. die tak lari.. bila dekat jek die lari.. senang lah nak shoot yang sensitif macam giraffe weevil ker.. Very Happy
-kelemahan ... sbb distance jauh.. sedikit goyang pun akan kacau gambar... so kenelah kurangkan kegoyangan samada pakai shutter speed lebih laju atau guna monopod
2. Tamron SP90mm f2.8 1:1
lens yang banyak dipakai oleh kaki makro termasuklah saya...amat memuaskan dan harganya pun sedikit murah.. (lingkungan RM1300-1400.. kene checklah sbb lama tak update tentang pricing nie)
- jarak dengan subjek acceptable (tapi 1:1 agak dekat jugaklah)..
- kelebihan dan kekurangan berlawanan dengan yang atas..
3. Canon 100mm F2.8 Macro 1:1 (ada versi USM.. ada versi tade USM)
kalau pakai canon .. bleh amik 100mm F2.8.. tapi kalau tanya saya.. harganya tak jauh beza dengan sigma 150mm.. so baik amik sigma 150mm

macam mana dengan lens Canon MP-E 65mm?
lens yang terbaik untuk magnification 5:1 .. saya gunakan lens ini... tetapi not advisable utk mereka yang baru bermula.. terlalu sukar untuk digunakan kalau tak biasa dengan makro .. melainkan anda telah biasa dan konsisten dengan magnification sekurang-kurangnya 2:1 boleh dapatkan lens ini
Tutorial Makro | #1 Lenses IMG_1914Tutorial Makro | #1 Lenses IMG_1918-1

macamana dengan autofocus?
generally utk makro anda mesti bersedia menggunakan manual focus.. biasanya autofocus masih boleh guna untuk kurang dari 1:1 tapi bila cecah 1:1 ke atas susah sedikit melainkan autofocus anda lebih laju dari gegaran tangan anda yang mengubah kawasan fokus.. difahamkan ada lens tertentu pantas autofokusnya seperti sigma 150mm dan juga canon 100mm F2.8 USM (yang ada USM yek.. yang tade tue slow)... diwarwarkan juga olympus pun pantas autofokusnya.. cariklah jawapan anda sendiri untuk brand/lens anda ye.. ..(ps: standard laju juga mungkin berbeza antara anda dan saya)

kalau manual.. macamana nak fokus sebaiknya?
ada beberapa cara.. cara yang saya cadangkan adalah anda preset magnification anda.. cuba gunakan 1:1 sepanjang masa melainkan anda jumpa subjek yang besar barulah set kurang dari 1:1 ... kemudian gunakan teknik fokus maju undur kamera sehingga objek fokus.. teknik nie dinamakan 'tengkuk focusing' oleh dRali... hehe.. sememangnya nama yang tepat sekali.. untuk mengurangkan gegaran silalah gunakan sebarang kayu/batang paip untuk menyokong tangan yang memegang kamera semasa membuat maju undur ini.. kalau ade budget.. guna monopod untuk sokong kamera..

macamana nak tingkatkan capability 1:1 kepada 2:1 3:1 dsbnya?
kalau anda dah rasa ok dan hendak besarkan magnification .. ada beberapa solution.. di antaranya menambah extension tube (ET) atau teleconverter (TC).. kalau tanya saya tambah ET lebih baik dari TC kerana guna TC akan jatuh kualiti gambar..

berikut adalah contoh magnification bila ditambah ET/TC .. nak tau effect untuk lens anda? test lah sendiri dan kongsi bersama forumer lain yekk..

utk dapat 1:1 ..
-lens tamron sp90mm atau memana lens macro yang sampai life size 1:1
-50mm + ET lebih sket dari 1:1
-50mm + TC 2x lebih sket dari 1:1

utk dapat 2:1
-lens tamron sp90mm + ET
-lens tamron sp90mm + TC 2X
-50mm + ET + TC2x (lebih sket dari 2:1)

contoh gambar 2:1 (saiz sensor 35mm)
Tutorial Makro | #1 Lenses 3107637434_0f64d8eafa_m

utk dapat 3:1 kepada 4:1
-lens tamron sp90mm + ET + TC 2X

contoh gambar 3:1 (saiz sensor 35mm)
Tutorial Makro | #1 Lenses 3106805905_f57815ffa6_m

contoh gambar 4:1 (saiz sensor 35mm)
Tutorial Makro | #1 Lenses 3106806621_7d55a5db83_m

utk dapat 5:1
-kene upgrade kepada lens Canon MPE 65mm 1x-5x :p

bagaimana kita nak tahu saiz magnification yang kita ada?
tembaklah pembaris.. lepas tue bahagikan panjangnya yang anda dapat dengan saiz sensor dslr anda.. (contohnya saiz sensor d90 - 23.7mm, canon 5d - 35mm)...
kalau saiz pembaris 5mm -> 23/5=5 --> 5:1
kalau saiz pembaris 6mm -> 23/6=4 --> 4:1
kalau saiz pembaris 7mm -> 23/7=3 --> 3:1

Kalau 18-135 tambah dengan raynox boleh ker?
mengikut pengalaman rakan yang pernah mencuba.. vignettingnya sangat ketara.. pada hemat saya.. lens terbaik selain dari lens macro sebenar adalah 50mm + ET/raynox..

setakat ini dulu lah untuk siri pertama nie.. yang seterusnya saya akan sentuh tentang cara pengambilan dan pencahayaan

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum